Pada hari sabtu yang lalu,saya dan rakan-rakan telah menyertai aktiviti RIVER RANGERS dan SMART RANGERS training of traines pada 15 dan 16 Ogos 2015.Seramai lebih kurang 50 orang yang telah menyertai aktiviti ini.Lima buah sekolah telah menyertai program ini.Program ini bermula pada pukul 8 pagi dan berakhir pada pukul 5 petang.
Program ini diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pangkor.Program ini di mulakan dengan ceramah,mengenai alam sekitar.Pada hari sabtu kami pergi ke sungai hulu pasir bogak.Kami pergi ke sana untuk mempelajari dengan lebih dalam mengenai pencemaran air.Kami pergi ke sana dengan menaiki teksi.
Semasa pergi sungai kami melihat pelbagai haiwan dan tumbuhan seperti udang,ikan,siput pagoda, freshwater hoglouse dan tumbuhan seperti pokok kelapa,pokok pisang,pokok durian dan lain lain.Suasana di sana sangat sunyi.
Selepas itu,kami kembali ke dewan SMK PANGKOR semula untuk menyimpan barang-barang yang kami bawa semasa pergi sungai.Selepas itu,kami pergi menjamu selera di kantin.Selepas itu,kami pun mengemas barang-barang.
Akhir sekali,saya dan rakan-rakan pulang.Kami berasa gembira kerana dapat menyertai aktiviti RIVER RANGER dan SMART RANGER training of traines.Kami berharap agar program seperti ini akan di adakan pada masa akan datang.
No comments:
Post a Comment