Friday, 14 August 2015

Projek Pengurusan Sisa Pepejal Pulau Pangkor Melalui Penglibatan Komuniti



Aktiviti Pertama Sekolah - Sekolah Pulau Pangkor

Program Pengurusan Sampah Secara Mampan di Pulau Pangkor (3 tahun) dengan Pendekatan Orang Awan dijalankan dengan memberikan pendedahan kepada kumpulan sasaran terutamanya sekolah akan kepentingan penjagaan sungai, pemantuaan sungai dan tanggungjawab kita dalam menjaga kebersihanannya.

Sehubungan dengan itu, latihan Training of Trainer (ToT) Program Pendidikan Alam Sekitar - peringkat Sekolah untuk  mendidik para pelajar dan guru tentang kepentingan air samada air sungai mahupun perairan pantai serta kesan daripada pengurusan yang tidak mampan dengan menggunakan pendekatan Sains Sivik dijalankan pada 15-16 Ogos 2015 di  Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Pangkor. Sekolah yang terlibat dalam program ini adalah SMK Pangkor, SK Seri Pangkor, SJK (T) Pangkor, SJK (C) Hwa Lian 1, SJK (c) Hwa Lian 2. Program ini disertai 60 orang pelajar dan 10 orang guru.

Latihan  ini meliputi teori dan pendedahan amali/ praktikal berkenaan pemantauan kualiti air, pengurusan air dan sampah secara mampan, kitar semula, pemantauan dan audit pencemaran termasuklah cadangan inisiatif yang boleh dilaksanakan di peringkat sekolah berdasarkan masalah dan isu semasa. Dengan latihan ini pihak sekoloh akan dibimbing dan dibantu untuk menjalankan inisiatif di sekolah masing – masing dengan bantuan geran dan teknikal sepanjang 3 tahun pelaksanaan program ini untuk membolehkan sekolah meneruskan pelaksanaan program ini secara mampan.



No comments:

Post a Comment