60 Pelajar dan 10 Guru Pulau Pangkor di bawa ke anak sungai Hujung Pasir Bogak untuk menjalankan penyiasatan RIVER Ranger. Program ini bertujuan untuk melatih mereka menjadi mata dan telinga (eyes & ears) sungai samaada sebagai individu atau secara kumpulan
Aktiviti yang dijalankan melibatkan:
- Pemahaman Ekosistem/Lembangan Sungai - Alamat Sungai
- Pemetaan - Sungai/Lembangan Sungai/Sistem Perparitan
- Pemantauan -Pencemaran dan Pemeriksaan Kualiti Air serta Tahap Kesihatan Sungai
Tahap Kesihatan Sungai dikaji secara pemantauan:
- Fizikal - mengkaji keadaan kesihatan sungai dengan menggunakan 5 deria, kajian hidrologi, ekologi & pemerhatian
- Kimia - Menggunakan peralatan dan bahan kimia yang akan memberi gambaran tepat ketika itu. Antara parameter yang dikaji adalah oksigen terlarut (Dissolved oxygen), fosfat, nitrat,suhu, kekeruhan, dan pH
- Biologi - Kaedah pemonitoran biologi dinilaikan berdasarkan kehadiran organisma hidup yang tinggal di dalam air ataupun kawasan sekitarnya. Kehadiran organisma kecil ini digunakan sebagai petunjuk kepada kualiti air sungai, samada bersih ataupun sebaliknya untuk melihat kesan pencemaran bagi jangka masa pendek
No comments:
Post a Comment