Saturday, 15 August 2015

SMK PANGKOR

HI,WE ARE FROM SMK PANGKOR.WE HAD BEEN INVITE TO ISLAND RANGER.WE ALSO HAD MANY ACTIVITI.



DR.KALITHASAN WAS GIVEN A SPEECH on
  1. HOW TO CLEAN THE RIVER.
  2. WE CATCH THE SHRIMP.
  3. WE CATCH COMMON SAUCER BUG.
  4. WE ALSO CATCH THE MYSTERY SNAIL.
  5. AND THAN WE CATCH POND SNAIL AND PAGODA SNAIL ALSO.
  6. WE HAD BEEN DO CANDLE AND SOAP.
  7. WE ALSO CAN CATCH A FISH.
  8. WE TAKE CARE SAFETY.
  9. WE BECAME A VOLUNTEER.
  10. WE ENJOY DO THE ACTIVITIES.

THANK YOU

Sekolah Kebangsaan Seri Pangkor

           Pada hari sabtu yang lalu,saya dan rakan-rakan telah menyertai aktiviti RIVER RANGERS dan SMART RANGERS training of traines pada 15 dan 16 Ogos 2015.Seramai lebih kurang 50 orang yang telah menyertai aktiviti ini.Lima buah sekolah telah menyertai program ini.Program ini bermula pada pukul 8 pagi dan berakhir pada pukul 5 petang.

           Program ini diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pangkor.Program ini di mulakan dengan ceramah,mengenai alam sekitar.Pada hari sabtu kami pergi ke sungai hulu pasir bogak.Kami pergi ke sana untuk mempelajari dengan lebih dalam mengenai pencemaran air.Kami pergi ke sana dengan menaiki teksi.

          Semasa pergi sungai kami melihat pelbagai haiwan dan tumbuhan seperti udang,ikan,siput pagoda, freshwater hoglouse dan tumbuhan seperti pokok kelapa,pokok pisang,pokok durian dan lain lain.Suasana di sana sangat sunyi.

           Selepas itu,kami kembali ke dewan SMK PANGKOR semula untuk menyimpan barang-barang yang kami bawa semasa pergi sungai.Selepas itu,kami pergi menjamu selera di kantin.Selepas itu,kami pun mengemas barang-barang.

           Akhir sekali,saya dan  rakan-rakan pulang.Kami berasa gembira  kerana dapat menyertai aktiviti RIVER RANGER   dan SMART RANGER training of traines.Kami berharap agar program seperti ini akan di adakan pada masa akan datang.

SJKT PANGKOR

Saya dan 10 orang rakan-rakan saya telah melawat ke Sungai Hulu Pasir Bogak. Kami belajar untuk

  1. menyiasat kualiti air
  2. membuat kajian biologi
  3. membuat kajian kimia
  4. membersihkan sungai
  5. menangkap ikan 
  6. menangkap serangga
  7. membuat kompas
  8. membuat lilin dan sabun
Saya belajar untuk membuang sampah.

SJK(C)Hwa Lian 2

Saya dan rakan-rakan saya dari sekolah SJK(C)Hwa Lian 2 menyertai program Island Ranger.Kami

belajar mengenai:
  1. belajar kajian sungai.
  2. cintai alam sekitar
  3. menbuat baja
  4. masuk data
  5. menbuat kompos
  6.  belajar kitar semula
  7. kajian air 

SJK(C)HWA LIAN 1

Saya dan kawan-kawan saya dari sekolah SJK(C)HWA LIAN 1 menyertai program Island Ranger kami dapati ;

  1. Kita mesti berdikari.
  2. Kita hendaklah bekerjasama seperti bersama-sama membuat aktiviti.
  3. Kita tidak patutlah membuang sampah di dalam sungai.
  4. Kita mestilah tidak membazir makanan.
  5. Kita mesti menjaga kebersihan sungai.
  6. Kita mesti menjaga haiwan yang ada di sungai .
  7. Kita tidak patutlah merosakkan bahan awam.
  8. Kita tak boleh mencemarkan alam sekitar.
  9. Kita tak boleh menangkap ikan.

RIVER Ranger Pulau Pangkor

60 Pelajar dan 10 Guru Pulau Pangkor di bawa ke anak sungai Hujung Pasir Bogak untuk menjalankan penyiasatan RIVER Ranger. Program ini bertujuan untuk melatih mereka menjadi mata dan telinga (eyes & ears) sungai samaada sebagai individu atau secara kumpulan

Aktiviti yang dijalankan melibatkan:
  1. Pemahaman Ekosistem/Lembangan  Sungai  - Alamat Sungai
  2. Pemetaan - Sungai/Lembangan Sungai/Sistem Perparitan 
  3. Pemantauan  -Pencemaran dan Pemeriksaan Kualiti Air serta Tahap Kesihatan Sungai 
Tahap Kesihatan Sungai dikaji secara pemantauan:
    1. Fizikal - mengkaji keadaan kesihatan sungai dengan menggunakan 5 deria, kajian hidrologi, ekologi & pemerhatian
    2. Kimia - Menggunakan peralatan dan bahan kimia yang akan memberi gambaran tepat ketika itu. Antara parameter yang dikaji adalah oksigen terlarut (Dissolved oxygen), fosfat, nitrat,suhu, kekeruhan, dan pH 
    3. Biologi - Kaedah pemonitoran biologi dinilaikan berdasarkan kehadiran organisma hidup yang tinggal di dalam air ataupun kawasan sekitarnya. Kehadiran organisma kecil ini digunakan sebagai petunjuk kepada kualiti air sungai, samada bersih ataupun sebaliknya untuk melihat kesan pencemaran bagi jangka masa pendek 








          Friday, 14 August 2015

          15th August 2015 - Island Ranger Training

          Hari Pertama pelaksanaan Program Island Ranger  







          • Program Pengenalan RIVER Ranger and SMART Ranger


          Projek Pengurusan Sisa Pepejal Pulau Pangkor Melalui Penglibatan Komuniti



          Aktiviti Pertama Sekolah - Sekolah Pulau Pangkor

          Program Pengurusan Sampah Secara Mampan di Pulau Pangkor (3 tahun) dengan Pendekatan Orang Awan dijalankan dengan memberikan pendedahan kepada kumpulan sasaran terutamanya sekolah akan kepentingan penjagaan sungai, pemantuaan sungai dan tanggungjawab kita dalam menjaga kebersihanannya.

          Sehubungan dengan itu, latihan Training of Trainer (ToT) Program Pendidikan Alam Sekitar - peringkat Sekolah untuk  mendidik para pelajar dan guru tentang kepentingan air samada air sungai mahupun perairan pantai serta kesan daripada pengurusan yang tidak mampan dengan menggunakan pendekatan Sains Sivik dijalankan pada 15-16 Ogos 2015 di  Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Pangkor. Sekolah yang terlibat dalam program ini adalah SMK Pangkor, SK Seri Pangkor, SJK (T) Pangkor, SJK (C) Hwa Lian 1, SJK (c) Hwa Lian 2. Program ini disertai 60 orang pelajar dan 10 orang guru.

          Latihan  ini meliputi teori dan pendedahan amali/ praktikal berkenaan pemantauan kualiti air, pengurusan air dan sampah secara mampan, kitar semula, pemantauan dan audit pencemaran termasuklah cadangan inisiatif yang boleh dilaksanakan di peringkat sekolah berdasarkan masalah dan isu semasa. Dengan latihan ini pihak sekoloh akan dibimbing dan dibantu untuk menjalankan inisiatif di sekolah masing – masing dengan bantuan geran dan teknikal sepanjang 3 tahun pelaksanaan program ini untuk membolehkan sekolah meneruskan pelaksanaan program ini secara mampan.