PROGRAM ‘TRAINING OF
TRAINERS’ DI BAWAH PROJEK
PENGURUSAN SISA PEPEJAL PULAU PANGKOR MELALUI PENGLIBATAN KOMUNITI
Program ini dijalankan pada 22hb Ogos 2015 di Dewan Orang Ramai Sungai Pinang Besar dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Program ini diterhadkan kepada 20 orang termasuk komuniti dan rakan kerja projek . Latihan ini dihadiri oleh komuniti dari 7 perkampungan di Pulau Pangkor iaitu
Sg Pinang Besar, Pekan Pangkor, Teluk Gedung, Teluk Kecil, Teluk Dalam, Kampung Tengah dan Teluk Raja Bayang. Antara rakan kerja projeck yang turut hadir adalah dari LKIM, JPS Manjung , VALE dan Manjung.
Program ini dijalankan dari jam 8 pagi hingga 1 tengahari merangkumi pembentangan pengenalan projek dan lathan praktikal pemantauan sungai dan pantai serta latihan pengurusan sisa pepejal dengan Konsep 'Waste to Wealth'. Latihan praktikal pemantauan sungai dan pantai melibatkan pemantauan kualiti air secara fizikal, kimia dan biologi di anak sungai berdekatan kawasan PPRT Hujung Kelawai.
Bagi Latihan Pengurusan Sisa Pepejal & konsep ‘Waste into Wealth’, aktiviti yang berterapkan Konsep Guna Semula dijalankan dengan aktiviti pembuatan sabun dan lilin mengunakan minyak masak terpakai, kompos dengan mengunakan sisa makanan dan sisa dapur serta enzim sampah yang diperbuat daripada kupasan kulit buah-buahan dan sayuran - sayuran. Program seterusnya di teruskan dengan membincangkan langkah kehadapan – perbincangan & perancangan serta perbincangan kertas kerja inisiatif komuniti yang akan /dicadangkan untuk dijalankan.